top of page

PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN SEKOLAH

Pengumuman dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sekolah sepanjang tahun. 

18-19 Januari 2017  // Pertandingan Bola Tampar MSSD Johor Bahru B12

 

Pasukan Bola Tampar sekolah telah mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan tersebut yang telah diadakan di SJKC Kuo Kuang Johor Bahru. Pasukan STAR 1 terdiri daripada 12 orang pemain dan 2 orang guru iaitu En Mohamad Zaim Ibrahim ( Jurulatih )dan Ust Yusuf Mahamad ( Pengurus Pasukan ). Syabas dan tahniah

21 Januari 2017 // The Straits Rugby 10's Trophy 2017 - Marlborough College Malaysia

 

Paasukan sekolah terdiri seramai 15 orang murid dan 3 orang guru ( En Dzul Hafiz - Jurulatih, En Hasirulnizam - Pengurus Pasukan dan En Mohamad Rashid - Ketua Kontijen ) telah menyertai pertandingan tersebut. Pasukan sekolah berjaya mendapat tempat ke-6. Tahniah

​

13 - 16 Februari 2017 // Kejohanan Bolasepak MSSD Johor Bahru
Pasukan bolasepak telah menghantar 12 orang pemain dan 2 guru . En Amirul Hakim sebagai Jurulatih dan En Abdul Hakim sebagai  pengurus pasukan. Sekolah telah mendapat tempat ke 4 peringkat Daerah Johor Bahru dari 67 pasukan yang menyertai pertandingan tersebut.
14 - 16 Februari 2017 // Kejohanan Gimnastik Artistik MSSJ 2017
5 Gimnas Sekolah telah terpilih mewakili Daerah Johor Bahru ke Kejohanan Gimnastik Artistik MSSJ 2017. Pasukan yang dibimbing oleh Tn Syed Isa , En Shukuri, Cik Norliyana, En Mohamad Rashid dan Cik Maria telah berjaya mengondol 6 Emas 6 Perak dan 1 Gangsa.  Gimnas Terbaik Lelaki 12, Johan Berpasukan Lelaki 12 dan Johan Keseluruhan MSSJ . Kejuaraan ini merupakan kejayaan kali ke 11 ( berturut-turut ) dalam sejarah sekolah. 
4 Gimnas akan mewakili MSSJ ke peringkat MSSM di Perlis pada 17-23 Mac 2017.....Tahniah 
21  Februari 2017 // Kejohanan Padang dan Balapan MSS Zon Bandar 2017
Sekolah telah menghantar seramai 20 orang peserta dalam kejohanan tersebut. menyertai semua kategori pertandingan. Setelah menjadi Johan Keseluruhan lelaki sejak 2007 (selama 10 tahun), Tahun 2017 gagal mengekalkan kejuaraan dan hanya pulang dengan 2 Perak dan 1 Gangsa...Tahniah kepada pemenang
2 peserta akan mewakili Zon ke peringkat daerah yang akan dilangsungkan pada 28 - 2 Mac di Educity 
17 - 24 Mac 2017 // Kejohanan Gimnastik Artistik MSSM Perlis 2017
Tiga orang murid STAR 1 - Mohd Bariq, Mohd Arif Yusman dan Mohd Ariel Fahmi Faizal telah mewakili Pasukan Gimnastik Artistik Johor ke Kejohanan Gimnastik Artistik MSSM Perlis pada 17 - 24 Mac 2017
MOHD BARIQ ADIB BIN DAUD  telah berjaya mendapat tempat KE 5 acara Senaman Lantai Lelaki 12 dalam kejohanan tersebut. Tahniah kepada murid yang telah mewakili Johor. 
28 Feb - 2 Mac 2017 // Kejohanan Padang dan Balapan MSS Daerah Johor Bahru 2017
Sekolah telah menghantar seramai 1 orang peserta dalam kejohanan tersebut. menyertai acara merejem lembing Lelaki 12. Mohd Khairuddin telah mendapat pingat Gangsa dalam kejohanan tersaebut. tahniah
1 - 3 Feb 2017 // Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru bawah 12 Tahun

 

Paasukan sekolah terdiri seramai 15 orang murid dan 3 orang guru ( En Dzul Hafiz - Jurulatih, En Hasirulnizam - Pengurus Pasukan dan En Mohamad Rashid - Ketua Kontijen ) telah menyertai pertandingan tersebut. Pasukan sekolah berjaya mendapat JOHAN PLATE . Seramai 2 orang pemain terpilih mewakili Johor Bahru ke Ragbi MSSJ Batu Pahat dan telah mendapat KE-3   . Tahniah......Mohd Adib Ibrahim dan Mohd Arif

​

20 - 25 APRIL 2017 // Kejohanan Gimnastik Artistik Pelapis Kebangsaan 2017 - Perlis
11 orang murid STAR 1 telah mewakili Negeri Johor dalam pertandingan tersebut.. Keputusan Pertandingan
Pasukan Bawah 10 tahun mendapat 1 EMAS DAN 8 GANGSA
Pasukan Bawah 8 tahun mendapat 3 GANGSA
20 - 23 APRIL  2017 // Kejohanan Bolasepak MSSJ 2017 -  Batu Pahat
Seorang murid STAR 1 - Mohd Adib Ibrahim Bin Adnan telah terpilih mewakili Pasukan Bolasepak L12 Johor Bahru dalam pertandingan tersebut. Keputusan pertandingan..
       Pasukan Johor Bahru telah mendapat JOHAN. Tahniah
4 MEI 2017 // Kejohanan Tenpin Boling MSSD Johor Bahru 2017
3 orang murid STAR 1 telah mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut yang telah diadakan di Danga Mall Bowling Centre. Keputusan Pertandingan
Pemain sekolah telah berjaya mendapat tempat ke 4 ( Norzafril ) dan tempat ke 5 ( Sritharan ). Tahniah
7 - 8 MEI 2017 // Kejohanan Ragbi Terbuka Jakarta Bawah 11 Tahun 2017 - Jakarta
1 orang murid STAR 1 ( MOHD ADIB IBRAHIM ADNAN ) telah mewakili Pasukan Johor dalam pertandingan tersebut yang telah diadakan di Jakarta Indonesia. Keputusan Pertandingan
Pasukan Johor mendapat JOHAN CUP dalam pertandingan tersebut
11 - 13 MEI 2017 // Kejohanan Gimnastik Artistik Sirkit Remaja Kebangsaan 2017 - Bukit Jalil
5 orang murid STAR 1 telah mewakili Negeri Johor dalam pertandingan tersebut.. Keputusan Pertandingan
Pasukan JOHOR telah mendapat 2 EMAS 2 PERAK DAN 6 GANGSA. Tahniah
24 - 26 Jan 2018 // Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru bawah 12 Tahun

 

Paasukan sekolah terdiri seramai 15 orang murid dan 3 orang guru ( En Dzul Hafiz - Jurulatih, En Qomarul Ikram - Pengurus Pasukan dan En Amirul hakim - Ketua Kontijen ) telah menyertai pertandingan tersebut. Pasukan sekolah berjaya mendapat Tempat Ketiga CUP . Seramai 1 orang pemain terpilih mewakili Johor Bahru ke Ragbi MSSJ . Tahniah......Mohd Adib Ibrahim 

​

bottom of page