top of page

PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN SEKOLAH

AKTIVITI YANG DISERTAI OLEH MURID-MURID STAR 1 JOHOR BAHRU SEPANJANG TAHUN

12 Februari 2017  // Program Nilam Peringkat Daerah Johor Bahru

 

Dua orang murid telah terpilih mewakili sekolah ke peringkat Akhir Nilam Daerah. Bahasa Malaysia di wakili oleh Mohd Irfan Syafiq Mohd Zaizi dan Bahasa Inggeris diwakili oleh Mohd Zakhwan Akid. Tahniah walaupun tewas kedua-dua murid ini berjaya menjadi 8 yang terbaik di peringkat daerah.

4 APRIL  2017  // Pertandingan Kawad Kaki Daerah Johor Bahru

 

Seramai 35 murid dan dua Penyelaras En Helmi Marzuki dan En Abdul Hakim Yusuf telah mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut. Pasukan TKRS Sekolah telah berjaya mendapat tempat ke 3. Alhamdulillah.

8 APRIL  2017  // Karnival Bahasa Melayu Zon Bandar Johor Bahru

Seramai 15 murid dan semua guru BM STAR 1 telah menyertai karnival Bahasa Melayu yang berlangsung di beberapa sekolah dalam Zon bandar. Kejayaan Pasukan sekolah

​

1. Naib Johan bercerita Tahap 1

2. Ke 4 pertandingan Pantun

3. Ke 4 dan Ke 5 Pertandingan Sahibba

16 APRIL  2017  // Karnival Bahasa Inggeris Zon Bandar Johor Bahru

Seramai 8 murid dan semua guru BI STAR 1 telah menyertai karnival Bahasa Inggeris yang berlangsung di beberapa sekolah dalam Zon bandar. Kejayaan Pasukan sekolah

​

1. Johan Scrabble

2. Naib Johan Pidato Tahap 2

​

Semua murid di atas telah mewakili Zon bandar ke peringkat Daerah Johor Bahru pada 18 Mei 2017 di SK Kompleks Sultan Abu Bakar. Keputusan pertandingan

​

1. Tempat ke 3 Scrabble

2 MEI  2017  // KANGAROO MATH COMPETITION

Seramai 20 murid telah menyertai pertandingan tersebut. Seorang murid iaitu Adik MUHD AQIL DARWISH Tahun $ Temenggong 1 telah berjaya mendapat  PINGAT PERAK. Tahniah

20 MEI  2017  // Pertandingan Stompers Se Malaysia - anjuran Kolej Komuniti Kota Tinggi

Seramai 20 murid ( 2 pasukan ) Stompers sekolah bersama Guru Muzik Cik Maria, En Yusuf dan En Dzul telah menyertai pertandingan tersebut di Plaza Giant Mydin Pelangi Indah Ulu Tiram Keputusan pertandingan...Pasukan sekolah berjaya mendapat  NAIB JOHAN DAN TEMPAT KE 6. Tahniah

25 Februari 2018  // Karnival Bahasa Melayu Peringkat Zon Bandar 2018

 

Seramai 42murid dan semua guru BM STAR 1 telah menyertai karnival Bahasa Melayu yang berlangsung di beberapa sekolah dalam Zon bandar. Kejayaan Pasukan sekolah

​

1. Johan & Tempat ketiga Pertandingan Sahibba

2. Ke 3 Pertandingan Bicara Berirama

​

bottom of page